Search this site
Embedded Files
PJOCECP
  • HOME
  • ABOUT
  • SUBMISSION
  • EDITORIAL BOARD
  • ISSUE
    • Current issue
      • Vol 2 Issue (1) April 2026
      • Vol 1 Issue (1) October 2025
      • Vol 2 Issue (2) August 2026
    • Archive
  • CONTACT US
PJOCECP
  • HOME
  • ABOUT
  • SUBMISSION
  • EDITORIAL BOARD
  • ISSUE
    • Current issue
      • Vol 2 Issue (1) April 2026
      • Vol 1 Issue (1) October 2025
      • Vol 2 Issue (2) August 2026
    • Archive
  • CONTACT US
  • More
    • HOME
    • ABOUT
    • SUBMISSION
    • EDITORIAL BOARD
    • ISSUE
      • Current issue
        • Vol 2 Issue (1) April 2026
        • Vol 1 Issue (1) October 2025
        • Vol 2 Issue (2) August 2026
      • Archive
    • CONTACT US

Home / Latest Issue / Vol.2, Issue (1) April 2026 / PJOCECP 002-020

Developing a Preliminary Spiritual Hypnotherapy Model for Trauma Intervention among Female Survivors of Incest

Sofiyyah Low Siew Ping, Siti Wan Aminah Wan Norudin, Ashardi Abas  Wan Nurul Izza Wan Husin,  Mohd Shahridwan Ramli 


Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology(PJOCECP), Volume 2, Issue 2, August 2026

DOI: http://doi.org/10.47836/pjocecp.2.2.10


Keywords:Efikasi Swadiri Pemilihan Kerjaya, Kemahiran Kebolehpasaran, Kolej Vokasional, SCCT,

TVET

Published on: 2026-08-31

eISSN 3093-8473

Article ID

PJOCECP 002-020

PDF

Abstract

Perubahan landskap pekerjaan serta peningkatan tuntutan industri terhadap kompetensi generik menjadikan kemahiran kebolehpasaran semakin penting dalam mempersiapkan pelajar Kolej Vokasional menghadapi peralihan daripada alam pendidikan ke alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran tidak semestinya mencerminkan tahap keyakinan individu terhadap keupayaannya melaksanakan tugasan berkaitan pemilihan kerjaya. Kertas konsep ini bertujuan menjelaskan hubungan konseptual antara kemahiran kebolehpasaran dengan efikasi swadiri pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional berasaskan Social Cognitive Career Theory (SCCT), di samping mencadangkan satu kerangka konseptual yang menerangkan hubungan antara kedua-dua konstruk tersebut. Pendekatan ulasan konseptual digunakan melalui proses pencarian, pemilihan dan sintesis literatur berkaitan kemahiran kebolehpasaran, efikasi swadiri pemilihan kerjaya, pendidikan vokasional, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta SCCT. Sintesis literatur dilaksanakan bagi menghuraikan hubungan antara kedua-dua konstruk, manakala SCCT digunakan sebagai landasan teori untuk menjelaskan bagaimana pengalaman pembelajaran dan pengalaman penguasaan dapat membentuk persepsi individu terhadap keupayaan diri. Kemahiran kebolehpasaran dikonsepsikan sebagai konstruk multidimensi yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran pemikiran, pengurusan sumber, pengurusan maklumat, kemahiran interpersonal, kemahiran sistem dan teknologi, serta kemahiran personal. Sementara itu, efikasi swadiri pemilihan kerjaya merangkumi kepercayaan individu terhadap keupayaannya melaksanakan tugasan penilaian kendiri, mendapatkan maklumat pekerjaan, menetapkan matlamat, membuat perancangan dan menyelesaikan masalah berkaitan kerjaya. Kerangka konseptual yang dicadangkan mengekalkan hubungan utama antara kemahiran kebolehpasaran dengan efikasi swadiri pemilihan kerjaya, manakala pengalaman pembelajaran dan pengalaman penguasaan diketengahkan sebagai mekanisme penjelasan berasaskan SCCT. Kerangka ini tidak bertujuan membuktikan hubungan sebab-akibat, sebaliknya menyediakan asas konseptual bagi penyelidikan empirikal pada masa hadapan dalam konteks pendidikan vokasional.

CONTACT US

Pertanika Journal of Counsellor Education & Counselling Psychology

Department of Counsellor Education & Counselling Psychology 

Faculty of Educational Studies

Universiti Putra Malaysia

43400, Serdang, Selangor

Malaysia

Tel: +603-97698118

Email: pjocecp@upm.edu.my 

QUICKLINKS

Publisher - UPM Press

Deputy Vice Chancellor (R&I)

Sultan Abdul Samad Library UPM

UPM Homepage

Faculty of Educational Studies UPM

MORE

Staff Directory

EDUC JOURNAL

International Journal of Education and Training (InjET)

Pertanika Journal of Professional Development and Continuing Education (ProCEd)

Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education (PJVSTE)

Pertanika Journal of Language and Humanities Education (PJLHE)

Pertanika Journal of Learning Pedagogy and Educational Leadership (PJLPEL) 

Pertanika Journal of Physical Education and Sports (PJPES)

Copyright International Journal of Education and Training 2025
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse